Tujuh hari bersamanya adalah tujuh hari paling bermakna dalam hidup ku. Pada hari ke tujuh, dia menghantar aku ke lapangan terbang.
Sebelum berpisah dia memegang tangan aku. Lantas, dia menyatakan sesuatu yang amat manis kepada aku. Aku tahu kata-katanya manis dari riak wajahnya. Wajahnya seperti disiram cahaya bulan purnama. Senyuman yang terukir penuh rasa ikhlas dari dasar hati yang penuh dengan cinta. Renungannya. Renungan itu tembus menusuk sanubari ku. Sampai bila-bila tidak akan aku lupakan renungan itu.
Tapi sayang, aku tidak tahu bahasa Itali. Aku tidak tahu makna kata-kata manis itu.
FIKSKI (Fiksyen Kilat) mempamerkan fiksyen pendek yang lebih pendek dari cerpen. Juga dikenali dengan nama lain sebagai cerkas (Cerita Ringkas) atau certot (Cerita Kontot). Fikski menghadkan karya kepada 1 hingga 500 perkataan sahaja. Semua hakcipta adalah hak milik penulis asal.Hantar karya anda kepada kurator fikski di tokrimau(at)gmail(dot)com dengan tajuk e-mel FIKSKI.
Wednesday, May 12, 2010
Tuesday, May 11, 2010
CINTA KERA - Ricky Rimau
Ida jiran sebelah rumah. Dia dan aku selalu tunggu bas sekolah yang sama.
"Dia kirim salam kat awak," kata Ida mengambil peranan sebagai posto.
Orang Melayu katanya berlapik. Sejak dari kecil lagi, malu nak meluahkan isi hati secara terus terang. Takut jatuh air muka.
"Waalaikumsalam."
Semua remaja faham "kirim salam" dari orang berlainan jantina yang engkau tidak pernah bersembang, walau seharian dalam bas sekolah yang sama, bermakna dia sudah jatuh hati. Pengirim mahu hubungan yang serius. Satu hubungan yang melibatkan engkau kena beli kad setiap 14 Februari.
"Siapa yang bagi salam?" aku tanya Ida.
Ida pun memberi deskripsi budak perempuan yang juga melanggan bas sekolah yang sama dengan kami tetapi dari kejiranan yang lain.
Perbualan itu berhenti di situ. Aku tidak menunjukkan minat.
Kalaulah dia tahu, sebenarnya setiap kali Ida di ampaian menyidai kain, aku mengendap di balik langsir. Tidak berani. Hatta untuk menyampaikan salam.

Subscribe to:
Posts (Atom)